Kampus dari Syafiq Aizat


KAMPUS BY SYAFIQ AIZAT



Assalamualaikum semua.. selamat tengahari. Harini macam rajin pulak  nak review novel fixi dari Syafiq Aizat iaitu Kampus walaupun setahu aku novel ni dikeluarkan pada tahun 2017 macam tu.

So macam mana pulak aku boleh tergerak hati nak baca.. (yela mesti korang fikir benda dah lama pun baru nak baca..kesian betul..heheh). Masa tu saja la kan try cari koleksi2 buku fixi dekat  https://fixi.com.my/koleksi/buku.. so tiba2 terjumpa la dengan Novel Kampus (dekat situ korang boleh baca sedikit tentang novel tersebut). tak silap aku pembaca boleh baca dalam 3 bab awal macam tu.

Jadi aku ingat nak beli la novelnya sebab syok je baca 3 bab awal tu tapi hampa sebabnya dekat website tu dah tak ada stock untuk novel Kampus..So punyalah gigih aku cari akhirnya terjumpa dekat satu website online iaitu e-sentral https://www.e-sentral.com/ tapi dekat sini korang dapat baca secara online je tau tapi kena bayar dulu lah kalau nak baca novel tu. harga pun lagi murah berbanding kalau beli dekat kedai mcm tu. .so maksudnya korang boleh baca novel ni secara online ditelefon korang. 

Jadi berbalik kepada novel Kampus ni, novel ni bergenre jenayah, penyiasatan,remaja dan juga persahabatan. Ada yang kata novel ni tak berapa best sangat sebab ada sikit macam novel Gantung dari Nadia Khan tapi pada aku tak payah ambil kisah sangat sebabnya dah terang2 dekat epilog tu penulis memang ada bagitahu kot. Better pada aku baik baca dahulu baru boleh komen sama atau tak.


Novel ni berkisarkan tentang pembunuhan yang berlaku di sebuah kampus.secara berturut turut dan ada yang percaya pembunuhan yang berlaku dilakukan oleh seekor/seorang makhluk bernama Krampus. tetapi betul ke wujudnya makhluk krampus ni.hah sebab tu korang kena baca novel ni tau.Yang membuat kan novel ni menarik sebab ada part siasatan yang mana semua orang kena tuduh jadi pembunuh. tidak kira orang tu member baik sendiri ke , lecturer ke. yang kelakar nya polis bantuan pun dituduhnya  jadi pembunuh.

Untuk watak  dalam novel ni cukup ramai tapi yang biasa penulis sebut adalah seperti Dani, Haziq, Dean, Daud, Adi dan ramai lagi la. Jadi watak2 ni la yang bertungkus lumus utuk siasat siapa dalang disebalik pembunuhan ini

Dalam novel ni juga akan buatkan korang terfikir 

siapa Krampus ni??? Adakah Hantu atau manusia??? 

Percayalah yang novel ni boleh buat korang berteka teki siapa pembunuh nya. dan pembunuhnya korang tak akan jangka okayy














Comments

Popular posts from this blog

Gantung Dari Nadia Khan

Mental dari Shaz Johar

Part 1 : Test JPJ