Gantung Dari Nadia Khan


Assalamualaikum korang,

Harini aku nak review sikit la pasal Gantung dari Nadia Khan.  Dan setahu aku Nadia Khan telah keluarkan Gantung 2. Yang ni pun aku dah baca juga. Dan iya memang dua2 buku ni memang dah keluar lama pun. Da 8 tahun kot baru aku nak baca. Nanti kalau ada masa aku review yeg Gantung 2 pulak ok. Then setahu aku Gantung ni dah difilemkan di Indonesia tahun lepas.  Artis2 yang berlakon dalam cerita Gantung ni pun tidak kurang hebat juga seperti Randy Pangalila, Ikaml Amry, Hafreez Adam, Brandon Salim dan ramai lagi. So korang boleh lah try cari dekat youtube. Baru dapat feel seram2 tu. Cuma adalah part2 yang ditapis.  Baru rasa real sikit kalau cerita ini difilemkan. 


So tunggu apa lagi...

Let's start.....





Nama Novel : Gantung
Nama Penulis : Nadia Khan
Tarikh Keluaran : 2011

Sinopsis


"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —

Review
First masa aku baca Gantung ni memang rasa "wow" giler. Tak sangka pengakhiran cerita Gantung ni akan jadi macam ni. Ikatan persahabatan yang sangat2 kuat antara mereka berempat. Bagus dapat kawan macam ni. Memang kawan sehidup semati la. Susah senang still lagi bersama. Tak kira macam mana sekali pon diaorang sentiasa ada .  Cuba lindungi anrara satu sama lain. Aku suka  buku macam ni sebabnya macam2 ragam ada dalam novel ni. Tak boring la kalau baca. So aku sendiri boleh terimbas  zaman2 sekolah duduk asrama ramai2..Hahahah.. 

So novel ni berkisarkan tentang 4 orang sahabat iaitu Gibss, Ray, Kj dan Troll yang bersekolah di sebuah sekolah elit. Mereka berempat ni memang top dekat sekolah tu dan pelajar2 dekat sekolah tu semua tahu yang mereka jyang telah mencipta satu code iaitu Musketeer Code. Musketeer Code "no all for one, just one for all" yang membawa maksud tidak dibenarkan sesiapa diantara 4 orang ni mempunyai steady girlfriend pada diaorang sesiapa yang ada steady girlfriend ni akan lupakan kawan2 lain macam tu. So disebabkan code ini la ramai pelajar2 perempuan jadi mangsa mereka berempat. 
Dan disebabkan itu juga  sekiranya ada pelajar tak kira perempuan atau lelaki yang tersuka atau tidak puas hati diantara mereka berempat perlulah berhadapan dengan mereka semua . Gila kan. Tapi ok apa blood brothers katakan. Yela kalau korang sendiri baca pon korang tahu apa yang akan jadi dekat pelajar2 tersebut
Setiap watak mempunyai perwatakan yang berbeza,Watak Gibss sebagai ketua kumpulan memang menyerlah yang mana dia cuba bertaanggungjawab dengan atas apa yang dia lakukan. Tu pada pendapat aku la. Tak tahu la pendapat korang macam mana kan. Yang paling kelakar ialah watak Kj. Yang mana dia ni suka sangat menyakat pelajar2 perempuan. Bab2 mengenakan bagi je pada Kj confirm dia akan buat tapi kalau berbayar la hahah. So Kj memang terkenal dengan bab menyakat nya tapi percaya la setiap apa yang dibuat tu tak akan dapat ditangkap atau dihidu oleh cikgu2 dan warden disekolah tersebut. Hebat giler. Aku rasa macam nak menuntut ilmu pula dengan Kj ni. Semua benda yang dia buat tak pernah kantoi tau. Kalau kantoi pun confirm2 tak de bukti yg mana Kj buat semua tu...Aku suka dengan watak Ray dan Troll yang mana tak terlalu nakal macam Kj. Ray seorang yang cool dalam menyelesaikan masalah tetapi penakut. Takut sebab salalu kena buli dengan Sofil. Korang tahu yang Sofil ni minat giler2 dengan Ray. Ray selalu kena bahan dengan Kj. Katanya Ray ni gay la tetapi sebenarnya tak punKorang boleh bayangkan tak. Sama juga dengan Troll tapi Troll berani sikit. Disebabkan badan nya yang tegap. Ramai juga la pelajar yang takut dengan Troll ni. Pernah sekali. Ray kena kacau dengan Sofil. Troll apa lagi debik si Sofil ni. Kalau korang baca buku ni untuk permulaan Ray bukan la nak sangat masuk dalam group ni tetapi disebabkan Gibbs, Kj dan Troll pernah bantu dia. So pada Ray tak salah kalau dia join group tersebut. So dekat dalam buku ni ada juga watak Jeremy & Lina. Nak tahu siapa budak dua ni korang baca la sendiri hihihi

Then bermulalah kisah apabila Gibss mula melanggar code dimana dia telah jatuh cinta kepada Fara iaitu ketua pelajar disekolah tersebut.  Percintaan mereka diketahu oleh Ray,Kj dan Troll. Mulanya Gibss ingin merahsiakan tetapi akhirnya terpaksa menceritakan kepada mereka bertiga. Rupanya mereka bertiga sudah tahu lama. Disebalik bahagia Gibss rupanya Deepa ( rakan sebilik Fara)  ada perasaan terhadapa Gibbs. Gibss terpaksa menolak. Aku tahu betapa kecewanya Deepa apabila cintanya ditolak.  So disebabkan terlalu cintakan Gibss Deepa terpaksa tebalkan muka untuk berjumpa Ray,Kj dan Troll.  Tetapi rupa rupanya Deepa dimalukan oleh mereka bertiga. Deepa depress dengan apa yang berlaku. lalu terpaksa bercuti atas nasihat doktor. 

Bermulalah episod2 pelik dan seram berlaku disekolah. pelajar2 lain terfikir ini semua mungkin angkara Deepa. Sebabnya Deepa ni mengamalkan perbuatan syirik atau pemujaan macam tu. So tahun kemudiannya, Deepa kembali ke sekolah seperti biasa. Gibbs merasakan sesuatu pada diri Deepa. Jadi bermulalah part paling best korang tak akan sangka disebalik kisah mereka ni. sebenarnya ada satu kisah rahsia yang korang tak akan tahu. Kisah dimana sebenarnya Gibbs, Kj dan Troll telah dibunuh ketika semester last disekolah tersebut. Yang terselamat hanyalah Ray seorang sahaja. Kematian mereka bertiga cukup sadis dan mengerikan. 

Part Ray sedar kawan kawannya telah mati dibunuh cukup buat aku sebak. Sedih weii..
Mana taknya kawan kawan yang selama ni ada bersama mati didepan mati akibat ditembak oleh seorang lelaki india (abang kepada Deepa). Nak lagi sedih yang Gibss sendiri sebenarnya tak tahu pun dia sudah mati. Hanya Kj dan Ray saja yang tahu cerita sebenar. Akibat dari satu kesilapan semuanya berubah. Sayangnya Fara dekat Gibss sampai dia tak beritahu pun dekat Gibss apa yang berlaku dekat dia. Weii kalau aku pun tak sanggup nak bagitahu kekasih hati (cewahhh) yang dia dah mati kut. Mahu meraung aku dekat situ.. 

So aku harap korang yang belum baca Gantung. try la baca. Dari situ korang dapat nilai  betapa hebatnya nilai persahabatan mereka. Memang korang tak akan jangka apa yang berlaku dan aku rasa korang memang taknak percaya dengan apa yang jadi. Sadis weii




Comments

Popular posts from this blog

Mental dari Shaz Johar

Part 1 : Test JPJ