Mental dari Shaz Johar
Haiii.. okay serius la kenapa la baru sekarang ni aku baru nak berjinak jinak baca fixi ni eh...aku tahu kewujudan fixi ni pun pada tahun 2017 walaupon sebenarnya keluaran buku Fixi ni dah lama sangat. Aku je yang tak tahu. Aku tahu pon masa adik aku bawak balik. Banyak juga la yang dia bawak balik dari U . katanya ada pesta buku dan time tu memang jual murah2 la katanya. Aku rasa dah ketinggaan zaman sangat dah ni . So first buku yang aku baca dari penulis Nadia Khan iaitu Gantung. Second dari Syaihan Syafiq iaitu Bisik, Koyak & M serta Laknat. Lepas tu, aku da tak baca Buku Fixi ni. bukan apa aku bukannya selalu pergi kedai buku pon kan. Hahaha jenis tak suka membaca macam ni la jadinya. Dah macam katak bawah tempurung dah aku rasa.
Then pertengahan tahun 2019 baru aku start berjinak2 nak baca balik. Tak tahu kenapa rasa perasan nak membaca tu membuak2 hahah.. Maybe nak mengisi masa lapang agaknya. So nak jadikan cerita aku try la cari buku Fixi secara online. Aku tak pasti sejak bila Fixi boleh beli online. macam aku cakap tadi aku rasa dah ketinggalan zaman sgt2 dah. So aku cari2 la kat situ. Niat hati nak beli yang betul2 buku la sebab rasa syok dapat pegang buku tapi aku tahu aku macam mana. kalau baca buku confirm ambil masa lama nak habis. So aku decide tak jadi beli.
Then Aku terbaca satu page ni, yang mana sapa suka membaca tapi taknak buat koleksi boleh try buka laman web esentral. jadi aku try la google esentral tu. Aku memang terkejut gile la macam2 buku ada dari novel cintan cintun, novel yang diadaptasi ke drama filem dan macam2 lagi. Semua ada complete ok. Then harga pon lagi murah korang tahu tak. So aku mulakan pencarian aku cari semua buku2 fixi. Akhirnya jumpa juga. So aku apa lagi grab la 3-4 buku bayar secara online. Aku rasa lagi mudah kot. Tak payah dah nak tunggu posmen hantar dekat rumah.Tak pun kena beratur dekat kaunter pembayaran. So settle. bila2 masa je aku boleh baca melalui telefon aku.
So Mental antara buku fixi yang aku pilih. Sebab sebelum ni aku ada juga baca karya Shaz Johar iaitu Nota, Nota 2 & Nota 3. Nanti ada masa aku review ketiga2 buku tersebut. Hah untuk pengetahuan korang sebelum ni aku ada review Buku Fixi Kampus dari Syafiq Aizat. so rajin2 kan la ye baca hihi
So let's Start .....

Nama Novel : Mental
Penulis : Shaz Johar
Tahun keluaran : November 2012
Sinopsis
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.
Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?
MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.
Review :
Fuhh korang tahu tak boleh mental aku baca buku ni. Seriusly korang tak kan pernah rasa seMental macam ni la lepas baca buku. Nak tahu sebab apa..Baca review aku ni ok..
Aku suka penulisan Shaz Johar ni sebab apa, setiap buku yang dia tulis mesti akan ada 2 atau 3 cerita dalam satu buku, that mean cerita yang imbas kembali mcm tu. Memang menarik dan aku suka baca Buku macam tu.
Dalam Mental ni dia berjaya membuatkan otak aku dimanipulasikan untuk percaya yang watak dalam Mental ni semua wujud. Mental kan. Memang betul2 Mental. Kalau korang baca korang akan paham apa Mental yang aku bagitahu ni.
Dari sinopsis yang ada dibelakang kulit buku ni kita dikenalkan dengan satu watak bernama Maya dimana dia seorang pembantu rumah di rumah Tuan Kosygin atau lebih dikenali Tuan Jin dan juga Puan Sierra. So untuk permulaan Bab ni, pertemuan antara Maya dengan seorang perempuan bernama Kesha tak silap aku, tengah menunggu hujan reda dan duduk dibawah bus stop. So dari situ la kisah Maya bermula yang mana sebenarnya cerita imbas kembali macam mana Maya boleh berada dibus stop tersebut Dalam Mental ni wujud watak Rashid, Rania, Benjamin, Dr Salman, Pak Bado & Mak Itam serta Raudhah.
Untuk permulaan cerita , aku masih samar2 dengna apa yang berlaku sebenarnya. Takkan Maya sanggup membiarkan diri dia diperlakukan macam tu dengan Tuan Jin. Dipandang hina oleh Puan Sierra . Kalau aku la memang tak sanggup. Tetapi sebenarnya ada cerita disebalik apa yang berlaku. Cuma Maya je tak tahu So tunggu punya tunggu makin lama kau baca makin kau akan paham apa yang berlaku. Dalam Mental ni yang paling aku rasa tak masuk akal iaiah tabiat Rashid yang nak sangat cederakan tangan kanannya. Macam2 dia buat, siap beli kapak lagi nak suruh si Maya tu putuskan tangan dia. Gila bukan. So watak Rania pun ok bagi aku. Sebab dia sangat hormat dengan Maya walaupon Maya hanyalah seorang pembantu rumah sahaja.
Then munculah Benjamin yang mana jiran sebelah rumah Tuan Jin. Dari situ la nama Raudhah di sebut2. Aku pun tertanya siapa Raudhah ni. Masa mula2 baca tak ada pulak watak Raudhah. Aku start jadi gila bila mana muncul Dr Salman dalam novel. Dia menyuruh Tuan Jin menghantar Maya ke hospital. Yang mana dari pembacaan aku Maya bukan la sakit ke apa. Kenapa perlu dia bawa ke hospital pulak kan.
Rupanya Maya tu sebenarnya Raudhah. Di mana Raudhah sebenarnya pernah kemalangan dengan ayahnya yang disangka lumpuh akibat jatuh dari pokok tetapi sebanrnya tidak. So Raudhah hilang ingatan dan merasakan dirinya adalah Maya. Maya sebanrnya adalah isteri Benjamin yang telah melarikan diri dan korang akan terkejut dengan hubungan antara Raudhah dan Maya sebelum kemalangan itu berlaku. So apa yang Tuan Jin lakukan pada Maya/Raudhah tu sebenarnya tidak salah pon.
Dan paling TERKEJUT , dimana watak Rashid dan Rania tidak pernah wujud langsung dalam keluarga Tuan Jin dan Puan Sierra. Mental bukan. Sebab tu aku kata penulis berjaya memanipulasi kan otak aku untuk percaya watak mereka berdua tu wujud.
So aku bagi 5 bintang πππππ untuk Mental
( suka hati aku la kan nak bagi berapa bintang hahah.. sebab aku rasa buku Mental ni boleh buat aku Mental masa membacanya )
Good job Shaz Joharπππππ
Comments
Post a Comment