Posts

Part 2 - Test JPJ

Assalamualaikum.. So ada ke yang tunggu part 2 aku.. Hahahha.. Engko je ika yang perasan.. Takde pon org tertungu tunggu nukilan kau yg entah apa2 ni hahhaha. So nak dijadikan cerita mcm part 1 yang mana aku gagal kan.. So lps balik je dri ujian tu.. Otak aku dh tk boleh berfungsi dengan baik haha.. Bukan apa.. Aku terbayang2 bukit tu memanggil2 aku hahah.. Gilak betul..Aku siap menangis tau mcm orang putus cinta. makan semua tk lalu dah..hahha penangan test JPJ aku yang gagal tu.. So 2 minggu juga weii nk tenang kan hati ni.. Setiap malam nk tidur mesti terbayang bayang... Wah2 mcm pasangan kekasih plk kau eh nak terbyg bagai..  Nak dijadikan cerita aku pon bagitahu la dengan agent aku untuk dia lock tarikh 1.12.2020 utk aku re test semula.. Dan mcm biasa la aku terpaksa la cuti sabtu ahad utk refresh balik hat mana yang aku boleh fail tu hahah.. Mse ni mmg bljr btul2 la.. Walaupon kau just buat 2 round je kt litar tu.. Apo la kan.. Agent aku lagi la dah bebel..macam mana boleh ga...

Part 1 : Test JPJ

Assalamualaikum..haii korang.. Aku tak tahu la aku nak gelak ke nak sedih ke.. Weii korang tahu tak. aku baru gagal test jpj kot pagi tadi.. Korang nak tahu sebab apa aku rasa nak gelak. Aku akan cerita ok.. Masa tu mmg aku rasa tahap kebodohan aku level atas sekali.. Apa lah yang kau buat ni ika oii.. Masa pergi tu memang dah semat dalam jiwa raga yang kau boleh buat.. Mmg konfiden tahap dewa la hahah.. Tapi tak tahu jantung macam nak tercabut dah.. Sampai je tempat belajar tu konfiden level aku makin down aku tak tahu la kenapa weii.. Lagi2 tengok ramai sgt yg nk test lagi la aku nebes lain macam.. So bila dah sampai je.. Aku pon apa lagi melangkah la ke pejabat untuk sign buku kedatangan gitu.. Dh settel bagi ic n lesen semua.. Diaorg suruh aku pergi bilik kuliah untuk tunggu turn.. Time ni memang cuak habis.. Lagi ramai rupanya kt bilik tu.. So aku pon ambil la tempat duduk.. So staff kt situ pon bagi la sikit penerangan apa semua..Apa patut buat semua tu..Diaorang memang refresh b...

Gantung Dari Nadia Khan

Image
Assalamualaikum korang, Harini aku nak review sikit la pasal Gantung dari Nadia Khan.  Dan setahu aku Nadia Khan telah keluarkan Gantung 2. Yang ni pun aku dah baca juga. Dan iya memang dua2 buku ni memang dah keluar lama pun. Da 8 tahun kot baru aku nak baca. Nanti kalau ada masa aku review yeg Gantung 2 pulak ok.  Then setahu aku Gantung ni dah difilemkan di Indonesia tahun lepas.  Artis2 yang berlakon dalam cerita Gantung ni pun tidak kurang hebat juga seperti Randy Pangalila, Ikaml Amry, Hafreez Adam, Brandon Salim dan ramai lagi. So korang boleh lah try cari dekat youtube. Baru dapat feel seram2 tu. Cuma adalah part2 yang ditapis.  Baru rasa real sikit kalau cerita ini difilemkan.  So tunggu apa lagi... Let's start..... Nama Novel : Gantung Nama Penulis : Nadia Khan Tarikh Keluaran : 2011 Sinopsis "Musketeer Code - no all for one, just one for all." Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab d...

Mental dari Shaz Johar

Image
Haiii.. okay serius la kenapa la baru sekarang ni aku baru nak berjinak jinak baca fixi ni eh...aku tahu kewujudan fixi ni pun pada tahun 2017 walaupon sebenarnya keluaran buku Fixi ni dah lama sangat. Aku je yang tak tahu. Aku tahu pon masa adik aku bawak balik. Banyak juga la yang dia bawak balik dari U . katanya ada pesta buku dan time tu memang jual murah2 la katanya. Aku rasa dah ketinggaan zaman sangat dah ni . So first buku yang aku baca dari penulis Nadia Khan iaitu Gantung. Second dari Syaihan Syafiq iaitu Bisik, Koyak & M serta Laknat. Lepas tu, aku da tak baca Buku Fixi ni. bukan apa aku bukannya selalu pergi kedai buku pon kan. Hahaha jenis tak suka membaca macam ni la jadinya. Dah macam katak bawah tempurung dah aku rasa. Then pertengahan tahun 2019 baru aku start berjinak2 nak baca balik. Tak tahu kenapa rasa perasan nak membaca tu membuak2 hahah.. Maybe nak mengisi masa lapang agaknya. So nak jadikan cerita aku try la cari buku Fixi secara online. Aku tak pasti ...

Kampus dari Syafiq Aizat

Image
KAMPUS BY SYAFIQ AIZAT Assalamualaikum semua.. selamat tengahari. Harini macam rajin pulak  nak review novel fixi dari Syafiq Aizat iaitu Kampus walaupun setahu aku novel ni dikeluarkan pada tahun 2017 macam tu. So macam mana pulak aku boleh tergerak hati nak baca.. (yela mesti korang fikir benda dah lama pun baru nak baca..kesian betul..heheh). Masa tu saja la kan try cari koleksi2 buku fixi dekat   https://fixi.com.my/koleksi/buku .. so tiba2 terjumpa la dengan Novel Kampus (dekat situ korang boleh baca sedikit tentang novel tersebut). tak silap aku pembaca boleh baca dalam 3 bab awal macam tu. Jadi aku ingat nak beli la novelnya sebab syok je baca 3 bab awal tu tapi hampa sebabnya dekat website tu dah tak ada stock untuk novel Kampus..So punyalah gigih aku cari akhirnya terjumpa dekat satu website online iaitu e-sentral  https://www.e-sentral.com/  tapi dekat sini korang dapat baca secara online je tau tapi kena bayar dulu lah kalau nak baca nove...